Penyelewengan Diesel | KPDN Sandakan tahan seorang lelaki

2022-12-22 0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan membongkar kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi selepas menahan seorang lelaki.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang Rabu, di sebuah stesen minyak di Pekan Beluran, suspek berusia dalam lingkungan 50 tahun ditahan ketika sedang mengisi minyak diesel ke dalam tong dari stesen minyak terbabit.